|
 |
|
Friday, October 10, 2008
“Fastaqim kama umirta“,ayat ini telah mengubah fizikal Nabi SAW. Baginda jadi beruban dan tua, atas bebanan ayat itu.
Istiqamah… konsisten dan teguh berdiri di jalan taat, bagi yang faham akan besarnya beban untuk kekal konsisten, akan menjejak kesannya ke atas Baginda SAW. “Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…”, kata Baginda SAW dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma.
Begitu sekali sukarnya untuk konsisten?
Tentu sahaja. Iman dipahat pada hati bernama QALBUN, iaitu sesuatu yang sifatnya berbolak balik. Siang beriman, malam kufur, pagi memperjuangan kebenaran, malam menjadi juara kebatilan. Hidup memperjuangkan kebaikan, mati di atas jalan kejahatan. Allah…!
Lantas memikirkan tentang Istiqamah… Baginda SAW jadi beruban… berubah fizikal dan penampilannya.
Soalnya apakah maksud istiqamah itu? Jika ia dilihat pada struktur Bahasa Arabnya, ia bermaksud terus diminta berdiri. Sesuai jugalah dengan Bahasa Melayunya yang boleh difahamkan sebagai sentiasa teguh berdiri. Atau jika di dalam Bahasa Inggerisnya, boleh juga difahamkan sebagai standing up consistently. Ada dua unsur penting pada definisi permulaan ini, iaitu berterusan dan kekal di dalam suatu keadaan, dan unsur keduanya pula ialah berdiri.. iaitu kondisi diri yang aktif lagi dinamik. Berterusan dalam keadaan sedar dan aktif terhadap suatu pegangan dan mahu pun amalan.
Banyak ayat al-Quran yang menjelaskan maksud istiqamah (Fussilat : 30-32, Al-Ahqaf : 13-14), begitu juga dengan hadith Nabi SAW. Antaranya:
Daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya: Aku bertanya: Ya Rasulallah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selain daripadamu. Sabda Nabi SAW: Katakanlah “Aku beriman dengan Allah”, kemudian istiqamah! (Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45
Namun keseluruhan makna yang dicadangkan tentang Istiqamah, ia menjurus kepada terus menerus (konsisten) berpegang secara aktif terhadap keseluruhan kehendak Syara’.
ISTIQAMAH MENURUT SURAH HUD
“Beruban rambut Nabi SAW?”, ulang seorang sahabat semasa mendengar penjelasan saya tentang ayat ini.
“Ya… bukanlah seperti kita hari ini yang kelihatan tua kerana putus cinta, atau dikejar Ah Long”, saya bergurau.
Oleh kerana besar sekali inti Istiqamah, maka Allah SWT tidak membiarkan tuntutannya berlegar tanpa panduan. Oleh kerana Surah Hud itu yang telah begitu mempengaruhi reaksi Nabi SAW kepada perintah Istiqamah, maka marilah kita sama-sama melihat bagaimana Surah Hud sendiri memperincikan rukun Istiqamah.
“Janganlah kamu melampau”
Konsisten terjejas apabila manusia melampau. Kerana lazimnya melampau itu natijah emosi. Emosi penting untuk membakar motif perlakuan, tetapi lazim juga bakarannya hilang kawalan.
Inilah perintah SATU dari Allah SWT sebagai kriteria pertama manusia yang beristiqamah. Jangan melampau. Keterangan-keterangan al-Quran sering menyertakan perbuatan melampau ini dengan fasad. Melampau punca kerosakan. Sifat melampau (taghut) itu dirujukkan kepada kaum ‘Aad dan Thamud, Firaun dan Qarun, bahawa melampau mereka itulah yang mengundang kerosakan dan kebencanaan.
Bukan hanya pada soal moral dan akhlaq, malah hukum Allah pada alam juga begitu. Melampau pada makan minum, binasa badan, melampau pada meratah alam, kehidupan manusia binasa. Sifirnya mudah, melampau itu membunuh keseimbangan. Ia tidak mesra alam, kerana itu ia dicela Pemilik alam.
Melampau itu zalim, kerana ia meletakkan pemikiran dan tindakan di luar neraca agama yang ditentukan Allah. Lantas kezaliman itu juga harus dihindarkan sejajar dengan rukun kedua Istiqamah, iaitu jangan pula cenderung kepada golongan yang zalim. Jangan zalim, dan jangan cenderung kepada si zalim.
“Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”
Hasan al-Basri pernah menyebut, “telah dijadikan agama itu di antara DUA JANGAN. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim”
Kecenderungan pertama yang menghapuskan Istiqamah dan konsistensi, ialah pada kecenderungan hati dan emosi kepada manusia yang berlaku zalim. Hatinya tidak menolak, malah cenderung pula dengan jiwa dan perasan, atas sebab yang pelbagai. Rasa terhutang budi, lemah pendirian, semua itu boleh sahaja menjadi puncanya.
Manakala kecenderungan kedua pula, ialah berbalik kepada makna perkataan RUKUN yang digunakan di dalam ayat itu tadi. Rukun itu adalah tempat bersandarnya sesuatu, sebagaimana struktur rumah bergantung kepada tiang yang disebut RUKUN. Maka mereka yang cenderung kepada manusia zalim itu, antaranya ialah manusia yang bergantung kepada si zalim.
Bergantung kepadanya untuk makan minum. Bergantung kepadanya untuk mengekalkan posisi. Atau apa sahaja kebergantungan yang berbalik kepada penggadaian prinsip itu tadi.
Sufyan al-Thauri pernah ditanya oleh seseorang, “aku bekerja sebagai penjahit untuk si zalim itu. Apakah aku termasuk di dalam golongan orang cenderung kepada si zalim? (merujuk ayat surah Hud ini)”.
Sufyan al-Thauri menjawab, “tidak! Bahkan engkau termasuk di dalam golongan manusia yang zalim. Ada pun mereka yang cenderung kepada si zalim (yang disebutkan oleh surah Hud itu) ialah mereka yang menjual jarum kepadamu untuk kamu menjahit!”
Begitu sekali kerasnya amaran Sufyan al-Thauri kepada lelaki berkenaan.
Dalam sistem yang meletakkan seorang ulama itu lebih tinggi dari kabinet menteri dan Sultan, sejahteralah untuk beliau berada di dalam sistem, berperanan memimpin, memandu dan menegur perjalanan sebuah pemerintahan.
Ulama yang berani berkata benar di hadapan pemerintah, dan pemerintah yang sentiasa bersedia mendengar nasihat ulama. Maka wujudlah keseimbangan di situ. Keseimbangan yang melakar Istiqamah.
Apakah mufti, ulama dan ustaz hari ini ada kedudukan sedemikian rupa?
“Apa nak buat, nak cari makan!”, kata seorang ustaz yang berputar alam 180 darjah.
Itu alasan pertama. Terutamanya apabila orang agama kurang kemahiran. Hanya kenal kitab bukanya isi. Pulang dari bumi Anbiya’ dengan isteri dan anak tiga. Peluang kerja amatlah sulit, beban hidup makin bertambah, ahli keluarga mula menyampah, lantas segala idealisma yang diperjuangkan, rebah di bawah slogan apa nak buat, nak cari makan. Lebih hodoh lagi, jika alasan ini terpacul dari mulut seorang aktivis yang pernah melampau.
Dahulunya dia melampau, kemudian berubah kepada bersanadkan keperluan hidup dengan pemerintah, bekerja sebagai jurucakap siasahnya. Maka lengkaplah dua rukun utama yang meruntuhkan konsistensi juga Istiqamah. Lupalah dia kepada nasihat Hasan al-Basri, bahawa agama ini dibina di antara dua jangan. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim.
“Kalau boleh dakwah pemerintah, pemerintah akan support dakwah”, kata seorang ustaz yang lebih tinggi martabatnya.
Inilah yang menggentarkan jiwa saya. Betapa liciknya pertimbangan kita dalam membaca realiti. Dan langsung enggan peduli kepada sejarah yang menunjuk ajar. Satu demi satu, pendakwah menyandar harapan pada sokongan pemerintah.
Pemerintah belum tentu berubah, tetapi diri si alim itulah yang hilang konsistensi, tersasar dari jalan Istiqamah.
Posted at 12:08 pm by Indra
 |  |  | pencari jalan ILAHI March 14, 2013 08:41 PM PDT
assalamu alaikum wr.wb
SYUKRON atas ilmu nya. wlaupun sya blm istiqomah sepenuh nya tapi sya mlai memehami makna istiqomah itu sendiri. wassalam |  |
  |  |  | tiada gelaran February 23, 2013 10:41 PM PST
engkaulah pencipta segala yang hidup,
diri kita ibarat seperti pokok yang sentiasa perlu air dan udara,begitu juga dengan kita yang sentiasa memerlukan solat dan zikir untuk kehidupan di akhirat,hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar pada paksinya,setiap orang mempunyai sejarah yang manis mahupon yang pahit,ya alllah ampunilah dosa ku,sesungguhnya engkau lah maha pengampun,aku bersyukur kerana dapat bernafas dengan kuasa mu ya allah,andai ku dalam kegelapan,engkau tunjuklah cahaya yang mampu menerangi kegelapan itu... |  |
  |  |  | juremi February 19, 2013 09:52 PM PST
alhamdulillah saudara..sekarang saya mengerti makna dari istiqomah..syukron.:) |  |
  |  |  | cheap north face November 22, 2012 07:36 PM PST
HHH Yes, the design of national policy is important, how our economic development plans for the next five years, how the implementation, how to make our economy even faster. Are designed to advance our focus to invest money in what ways it should be carefully arranged.,366364,http://inderazman.blogdrive.com/archive/152.html |  |
  |  |  | Name September 26, 2012 06:01 AM PDT
Christmas is probably the most special day of the year for children. One thing that makes it special is the popular tradition of Santa Claus. ,751202,http://inderazman.blogdrive.com/archive/152.html |  |
  |  |  | prada outlet bags August 31, 2012 07:44 PM PDT
I'm interested in such offer,The sound quality in these podcasts is really poor. I feel bad about complaining about something that is free, but I think it is important.,789147,http://inderazman.blogdrive.com/archive/152.html |  |
  |  |  | karen millen clothes June 10, 2012 05:14 PM PDT
Blogs are so informative where we get lots of information on any topic. Nice job keep it up!!,543206,http://inderazman.blogdrive.com/archive/152.html |  |
  |  |  | zateyl January 8, 2012 01:04 PM PST
Tuhan terimalah taubatku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang kumampu
mempersembahkannya kepada-Mu
Telah kucuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna
Aku harap dengan rahmat-Mu
Terimalah jua taubatku
Aku tetap tidak jemu
Kuteruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqomah
Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya
Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku
Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya
Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku
|  |
  |  |  | zateyl January 8, 2012 12:59 PM PST
Assalamualaikum . terimakasih kerana berkongsi maklumat ini . skrg saya dah paham maksud istiqamah :)
|  |
  |  |  | mas December 17, 2011 02:25 PM PST
tq.. saya beerti untuk saya.. |  |
  |  |  | Ain Lam Mim June 1, 2011 12:53 PM PDT
salam saudara yg mulia,
alhamdulillah, syukran atas perkongsian makna istiqomah yg amat bermanfaat ini. moga setelah kita lebih memahami makna asebenarnya, motivasi kita meningkat utk memperbaiki diri, Insya Allah amin 99x :) |  |
  |  |  | Ady October 10, 2008 12:57 PM PDT
Di antara kedinginan pagi
Aku tafakur menyepikan diri
Memikirkan hari
Yang saban waktu meninggalkan pergi
Kucuba untuk membukakan mata
Bagi melihat keindahan dunia
Namun ku kecewa
Yang ada hanya fatamorgana
Baru ku terjaga dari mimpi tidurku yang lena
Sepanjang usia hanya tergadai percuma
Kehidupan dunia mengejar pangkat kemewahan harta
Tanpa pernah bertanya di manakah sudahnya
Di antara kegelapan malam
Aku merenung purnama yang suram
Menghitung semalam
Dosa dan noda penuh mencengkam
Kucuba untuk melelapkan mata
Bagi melupakan derita dunia
Namun kukecewa
Kerana diri diburu oleh dosa
Kini kusedari hari esok yang sedang menanti
Menginsafkan diri menjadi mukmin sejati
Pada Tuhan yang Esa ku merayu di atas sifat hamba
Bimbinglah aku ke syurga sebagai mukmin berjaya |  |
|
|
|